整理整頓清掃清潔躾

整理整頓清掃清潔躾
整理、整頓、清掃、清潔、躾 - Seiri | Seito | Seiso | Seiketsu | Shitsuke - SISIH | SUSUN | SAPU | SERAGAM | SENTIASA AMAL

16 Ogos 2010

Penyediaan Sudut 5S


Sudut 5S merupakan medium komunikasi yang perlu disediakan bagi memberi maklumat terkini dan untuk menghebahkan aktiviti berkaitan Amalan 5S kepada warga Jabatan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan Amalan 5S. Sudut ini merupakan elemen penting yang diambilkira dalam pengauditan 5S. 

Selain daripada Sudut 5S Induk, semua zon juga dikehendaki mengadakan Sudut 5S bagi menguar-uarkan aktiviti 5S di zon masing-masing.

Sudut 5S zon perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
 
a) Nama zon yang telah ditetapkan. 
b) Polisi, Motto, Objektif, Logo dan Slogan Amalan 5S PAJPM.
c) Carta Organisasi Zon (mengandungi Fasilitator, Ketua Zon, Timbalan Ketua, Setiausaha dan Ahli Kumpulan).
d) Carta Perbatuan/Gantt Chart Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti 5S. 
e) Peta Lokasi/Pelan Lantai Zon 5S.
f) Rekod aktiviti (gambar) sebelum dan selepas pelaksanaan sesuatu Amalan 5S.
g) Aktiviti-Aktiviti Zon Yang Telah Dijalankan (Mesyuarat, Gotong Royong, Lawatan dan sebagainya)
h) Buletin Berkaitan Amalan 5S (Jika Berkenaan). 
i) Maklumat Bagi Tujuan Promosi Amalan 5S di Jabatan dan Zon.
j) Penjelasan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penarafan (Jadual 4P) Amalan 5S (Fasa Akan Datang).
k) Jadual tugas dan pelaksanaan aktiviti. 
l) Jadual mesyuarat/perjumpaan kumpulan.

* Sudut 5S hendaklah berimej korporat (objek hiasan yang tidak keterlaluan atau berlebih-lebihan).

Berikut ialah contoh Sudut 5S agensi yang pernah dilawati sebagai rujukan dan panduan bersama:

12 ulasan:

  1. Tanpa Nama27/5/11 15:48

    tempat yang selesa

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama17/1/12 08:32

    cantik... memang tmpt yg sesuai untk 5S..

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama10/2/12 16:15

    very nice....like

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama29/2/12 10:54

    Tuan/Puan,

    berapa bajet untuk create sudut QE terbaik seperti ini ye...
    bajet sendiri or reqest daripada top management? kalau bajet sendiri, 1 division 100 orang okla...kalau 10 orang jer, berapa sorang kena donate?

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama1/3/12 11:09

    memang cantik la jpn ni..kat bahagian siasatan tu cun.. teringin nak keje kat jpn semula... terbaik

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama19/6/12 16:42

    SUDUT 5S yang menarik & penuh info berguna

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama21/6/12 11:16

    jadual kedatangan xde contoh ke..??

    BalasPadam
  8. wah...cantek...agak2 berapa bajet gambar yg ats tu?

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama18/6/13 10:36

    5s ni menyusahkan je..

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama18/10/13 17:12

    wah,,,cantiknye,,,
    jadikan amalan bersama,,,
    =)

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama26/11/13 21:16

    Tahniah. Sudut pandang yg menarik n kreatif. Wajib dicontohi.

    BalasPadam
  12. WOW ! 0_0 .. memang catik !

    kan bagus kalau jabatan sediakan bajet. ni nak staf collection pulak. P&P ok lah gaji besar.

    BalasPadam